Wednesday, 28 August 2013

Berada di Takuk Lama




                                                                 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Tabiat YANG SAMA

Kebanyakan kita sukar untuk mengubah gaya hidup yang sedia ada. Kalau baik, tak ape la. Teruskan gaya hidup yang sedia ada atau ubah kepada lebih baik.Masalahnya sekarang ialah kita yang suka mengamalkan tabiat buruk seperti bermalas-malasan. Katanya nak berubah, tapi kerja, sikap, perangai still the same. Masih sama. Inilah yang bahayanya. TAK BERUSAHA LANGSUNG UNTUK MENGUBAH SIKAP SEDIA ADA. MACAM MANA NAK LAKUKAN PERUBAHAN YANG BESAR?? sedangkan perubahan yang sikit pun tak nak buat. Ish2..
                                                     

Ada segelintir yang bagus pada mulanya bersemangat nak berubah namun pada akhirnya kecundang oleh kerana tidak dapat membuang tabiat yang lama itu. Di universiti, memang susah untuk berjaya kalau kita tidak datang ke kelas, tak buat assignment yang diberikan, study last minute dan segan untuk bertanya. Dan ada lagi faktor lain yang menyebabkan faktor kegagalan kita di universiti. Semua tabiat buruk ini memang akan jadi penyakit kalau kita selalu melakukannya. Dan akhirnya menyebabkan result kita tidak memberansangkan dan seterusnya menyebabkan terjadinya scholar ditarik, ibu bapa kecewa, dan paling menakutkan dibuang universiti.
                                           

Ada juga yang mahu melakukan kerja dakwah sambil belajar kerana ingin menegakkan syiar Islam. Itu sangat bagus.   Namun apa yang merisaukan ialah kerja dakwah buat tapi study diketepikan. Astaghfirullah...
                                                  
 
Sepatutnya kalau kita nak melakukan kerja dakwah, kita patut jaga akademik kita. Manakan mahu orang hendak menerima dakwah, kalau pendakwahnya tidak datang ke kelas, tak siapkan homework. Akibatnya dakwah sendiri jadi terfitnah dek kerana sikap kita yang mengabaikan pelajaran dan result kita yang tidak seberapa. 



Saya tahu mesti ramai di antara kita yang gemar melakukan aktiviti ini. TIDUR. Memang kita dikurniakan oleh Allah SWT, nikmat untuk tidur. Namun demikian, aktiviti tidur ini tidak patut dijadikan hobi lebih-lebih lagi jika kita seorang pelajar. Jika kita suka tidur berlebihan maka lihatlah kesannya. Mungkin ada yang terlepas kelas jika suka tidur berlebihan. Tambahan pulak pada yang gemar menambah waktu tidur selepas 

subuh. Sekali terlepas kelas jangan pernah menerima untuk redha dengan terlepasnya kelas tersebut. Sebaliknya kita patut menyesal dengan perbuatan kita tadi dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Tapi bukan sekadar berazam sahaja, tapi berusaha untuk memenuhi azam tersebut. Mungkin untuk mengelakkan daripada tidur selepas subuh, kita boleh melakukan sedikit aktiviti yang boleh mencergaskan mata dan badan kita ataupun apa-apa aktiviti yang kita gemari. Contohnya baca buku ke, ulangkaji ke, ataupun buka akaun 'Facebook' (atau apa2 akaun sosial eperti Twitter, Skype, Path). Tapi jangan sampai terleka sudah la. Asyik ber'Facebook' pun payah jugak, nanti baca muka buku tu je la. Buku pelajaran tak buka-buka. Dan jangan sampai terkena penyakit gila 'status'.

Ada juga situasi di mana tidur terlajak sampai subuh pun ketinggalan.. Untuk kes macam ni, disarankan untuk tidur di masjid, supaya senang bangun nanti. Kat masjid, kita akan digerakkan dengan laungan azan subuh yang kuat(in sha Allah kalau speaker tak rosak) . Kalau kita pekak, orang yang pergi sembahyang kat masjid tu la yang akan gerak  khususnya imam masjid. Takkan la imam masjid nak membiarkan kemungkaran berlaku kat masjid tu. 

Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.
Kalau tak boleh, carilah kawan yang boleh menolong kita untuk bangun solat subuh.

Jaga hubungan dengan Sang Pencipta

Semua usaha yang kita lakukan tak berguna dan tidak ada nilainya jika kita mengabaikan hubungan kita dengan Allah. Janganlah kita menjadi golongan yang mengatakan kejayaanya  itu atas sebab hasil usahanya sendiri dan jangan pula jadi golongan yang sentiasa redha pada takdir tanpa berbuat apa-apa. Jadilah kita golongan yang di tengah-tengah iaitu golongan yang berusaha dan tawakal kepada ALLAH. 

Ubah la diri kita daripada duduk di takuk yang lama. Sentiasalah melakukan pembaharuan pada diri. Ingatlah bahawa kita tidak akan mampu mencapai kejayaan jika kita tidak mengubah diri sendiri.

Firman ALLAH SWT dalam Surah Ar-Ra'd, ayat yang ke-11 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri."

Sekian. wasalam.
P/S:Post ini saya tujukan kepada diri sendiri khususnya dan kepada para pembaca yang ingin mengubah diri..

Monday, 26 August 2013

TRAVELOG UTARA (FINAL PART)

TAK JADI....

"Akh, pukul berapa dah?" tanyaku. Akhi Jimi melihat jam telefonnya lalu menjawab soalanku.
" Dah pukul empat lebih dah..." jawab akhi Jimi dalam nada hambar.
Akhirnya polis bantuan tadi berjaya mendapatkan minyak dari sebuah stesen minyak yang entah di mana lokasinya.
Namun kami tidak mempersoalkan hal itu kerana paling penting kami ingin cepat sampai ke destinasi kami.
Polis tadi memberhentikan keretanya di seberang jalan lalu melintas lebuhraya yang sibuk itu.
Kami hanya melihat sahaja polis itu datang ke arah kami. Memang agak sukar untuk melintasi lebuhraya ini kerana ada sahaja kereta yang lalu dan semuanya laju-laju belaka.
Sampai satu masa, polis itu pun melintas lebuhraya tersebut apabila tiada kereta yang lalu di jalan. 
Selepas polis bantuan tadi mengisi minyak kereta ke dalam kereta, kami berterima kasih kepadanya dan tidak lupa untuk memanjatkan kesyukuran kami ke hadrat Allah SWT. Lalu kami pun  terus memulakan perjalanan tanpa melengahkan masa yang ada.

Perjalanan ke Kulim hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit setelah melepasi tol Jawi. 
dan setibanya kami di sana..

"Alah, pejabat dah tutup la" keluh akhi Asnawi.

"Tengok la sekarang pukul berapa.." aku menjawab.

"Pejabat memang tutup pukul lima.. Standard la tu. Tapi cuba ntum pergi tengok. Mana nak tau kot-kot pengetua tak balik lagi."

"Ok. Ntum pergi la teman Zuhdi untuk 'settle'kan majalah dia." 
"Lepas balik dari sana nanti, ambil ana dengan Akhi Jimi dekat masjid." balas Akhi Asnawi.

Seperti yang dirancang, aku dengan Akhi Zoro terus bertolak ke Pongsu Seribu bagi menguruskan majalah. Sementara memandu kereta, Akhi Zoro cuba menelefon orang yang akan menolongnya menjual majalah di kolej matrikulasi.

"Alamak, orang tu tak ade kat sana la. Apa kita nak buat?" soal Akhi Zoro. 
"Buat apa lagi. Balik la.." balasku.

Kami patah balik semula ke Kulim dan mujurlah kami baru sampai di sebuah simpang di Lunas.

"Aik, kejapnya ke KMPP," Akhi Asnawi menyatakan kehairannya.

"Ni perli ke ape ni? Ana tak jadi la pergi sana. Orang yang nak tolong tu tak ade.."
"Owh.. ye ke. sama la kita. Pengetua pun gak ada.."    

"Jom la kita balik."
"Jom." Akhirnya, kami pulang dengan rasa hampa selepas apa yang kami rancang tidak menjadi. 

Saturday, 3 August 2013

TRAVELOG UTARA (BHG 2)

SAMBUNGAN CERPEN YANG LEPAS...

"Ana cadangkan sape2 tolong telefon PLUS..Nanti diorang akan tolong kita. Insha Allah." Akhi Zoro memberikan cadangannya yang bernas.
"Handphone ana habis kredit, jadi tak dapat nak call." tambah Akhi Zoro.
"Kalau macam tu, biaq ana yang telefon na."
Akhi Asnawi menawarkan dirinya untuk telefon pihak PLUS sambil berbahasa menggunakan loghat utara walaupun sebenarnya dia berasal dari negeri Sabah.
Aku hanya tersenyum memerhatikan Akhi Asnawi yang kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya yang berjenama Samsung model S3.

"Assalamualaikum."
"Waalaikummusalam. Ya encik, ada apa-apa yang boleh kami bantu?"
"Begini. Kereta kami telah kehabisan minyak dan sekarang kami dalam perjalanan menuju ke Jawi."
"Boleh encik beritahu di mana encik berada?"
"Kami berada di KM 214.3,"
"Terima kasih kerana sudi menghubungi kami. Kami akan menghantar bantuan kepada encik sebentar saja lagi."
Akhi Asnawi terus menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket selepas menghubungi pihak PLUS.
Lalu dia keluar daripada kereta dan duduk berhampiran longkang di tepi jalanraya.
Akhi Zoro pun turut mengikutinya.
Sementara itu, Akhi Jimi tinggal di dalam kereta bersama dengan aku.
"Akh, ape bende ni?" Akhi Jimi menyoalku sambil jari telunjuknya menuding ke arah bungkusan polisterine yang berwarna putih.
"Oh, itu nasi berlauk untuk makan tengahari tadi. Ana dapat daripada program yang ana pergi pagi tadi."
"Pergh, nampak sedap jer makanan ni. Ana nak ambik sikit boleh?"
"Ambik la. Lagipun ana kenyang lagi." balasku.
"Terima kasih." Akhi Jimi mengambil makanan yang berada di hadapan matanya menggunakan sudu lalu menyuapkan nasi berlaukkan ayam itu ke dalam mulutnya sambil membaca bismillah.

"Umm.. Sedapnya."

Aku cuma memerhatikan Akhi Jimi memakan makanan tengahari yang aku dapat tengahari tadi.
Bukan aku tidak lalu dengan makanan yang diberi percuma itu, cuma perutku masih lagi berasa terisi sejak makan makanan pagi tadi yang turut diberikan secara percuma.
Memandangkan aku berasa kenyang lagi, aku membiarkan saja ikhwah yang lain menghabiskan makanan itu.

Setelah beberapa minit menunggu bantuan daripada PLUS, akhirnya datang sebuah kereta pacuan empat roda yang tertera tulisan PLUS di pintu keretanya .

"Alhamdulillah, sampai jugak bantuan." Akhi Zoro melepaskan rasa lega apabila bantuan yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai.
"Habis minyak ke , encik?" soal polis bantuan itu.
"A'ah. Tiba-tiba ja kereta ni habis minyak. Tadi tengok ada dua bar lagi," balas Akhi Asnawi.
"Biasa la tu. Kadang-kadang tiga bar pun tak boleh percaya sangat."
"Ada dua puluh ringgit tak?" soal polis bantuan itu.
"Ada-ada." balas akhi Asnawi.
"Bagi kat saya. Saya pergi ambil minyak sekejap dekat stesen minyak. Encik boleh la duduk kat tepi dulu sementara nak tunggu saya."

"Cis, ingatkan dia bawa minyak dah. Rupa-rupanya tak bawa," Akhi Zoro meluahkan ketidakpuasan hatinya.
"Biasa la tu akh" aku cuma hanya mampu katakan itu sahaja bagi membalas 'statement' ikhwahku tadi.
"Ana rasa kita patut isi minyak dulu sebelum nak mulakan perjalanan. Tak kiralah kalau minyak tu ada setengah lagi."
"Takdela nak sangkut kt tengah jalan.".

to be continued...

p/s: sori. tak dapat nak habiskan..

Thursday, 4 July 2013

TRAVELOG UTARA

CERPEN EDISI KHAS: TRAVELOG UTARA

gambar hiasan sahaja....

"akh, dah dapat kereta ke belum?"

"belum. ntum boleh tolong dapatkan?"

"boleh. insha Allah."

jariku pantas menekan kekunci abjad telefon bimbitku yang persis keyboard komputer untuk menghantar mesej kepada ikhwah-ikhwah yang mempunyai kereta.

"Salam akh. nak pinjam kereta boleh x?"

"asif. ana sekarang kt rumah".

Hatiku sedikit kecewa kerana tidak dapat apa yang dihajati. Namun aku tetap meneruskan usaha mencari.
masih tinggal seorang saja lagi ikhwah yang masih berada di sini. Lantas aku terus meminta belas kasihan daripada ikhwah seorang lagi untuk dipinjamkan kereta dengan melakukan cara yang sama.

Hasilnya tiada jawapan. Dipendekkan cerita, pada keesokan harinya, akhi Jimi berjaya mendapatkan sebuah kereta daripada ikhwah yang tidak memberi respons pada mesejku. Aku hanya bersyukur kepada Allah..
Kalau hendak diikutkan, kereta aku yang sepatutnya digunakan untuk ke Kulim tetapi apakan daya, keretaku telah masuk ke bengkel gara-gara absorber yang telah rosak teruk. Akhirnya, kami bertiga memulakan perjalanan kami setelah akhi Asnawi menyiapkan kertas kerja untuk medan dakwah di sebuah sekolah daerah Kulim. Sebelum meneruskan perjalanan ke utara, kami singgah sebentar di Banglo Tarbiyah bagi mengambil seorang lagi ikhwah yang bernama Zoro yang kebetulan ingin ke kolej matrikulasi pulau pinang bagi menghantar stok majalah  yang baru.

Di kesempatan waktu itu juga, kami menunaikan kewajipan solat fardhu sebagai seorang hamba Allah.

Usai solat, kami terus bergerak ke utara dengan menaiki Proton Saga yang dipandu oleh akhi Asnawi.

Sepanjang perjalanan tersebut, akhi Zoro yang duduk di bahagian belakang bersama aku hanya tidur selepas membaca satu juzuk Al-Qur'an. Begitu juga Akhi Jimi. Cuma tinggal aku sahaja yang masih tidak tidur dan ingin menikmati pemandangan alam yang dikurniakan oleh Allah SWT. Sementara itu, aku berbual-bual dengan akhi Asnawi bagi memecahkan kesunyian.

Tiba-tiba...

"Ape hal plak keta ni?" getus Akhi Asnawi..
"Kenape akh?" soal aku..
"Tah, tibe-tibe je keta ni mati.. habis minyak kot." balas akhi Asnawi.
Akhi Asnawi yang berusia setahun lebih tua daripada aku itu, terus memberikan isyarat ke kiri dan meletakkan kenderaan yang kami naiki ke bahu kiri jalan.

Dua orang ikhwah yang nyenyak tidur tadi terus terjaga sejurus kereta diletakkan di bahu  jalan.

"Kite kat mane ni?" soal Akhi Jimi.
"Kita ada kat atas highway sekarang.  Nak menghampiri tol masuk jawi."
"Habis tu kita nak buat apa atas ni? takkan duk tercanguk je kot?" soal akhi Jimi lagi..



Bersambung...



Sunday, 28 April 2013

MASIH BELUM TERLAMBAT..( BHG II )

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Bagi sesiapa yang merasakan tiada harapan lagi, ingatlah bahawa Allah SWT sentiasa bersama  dengan hambanya. Allah SWT tidak pernah mengecewakan hambanya yang selalu memohon kepadaNya. Apatah lagi jika kita ni menolong agama Allah dalam menegakkan syiar Islam di muka bumi. Hal ini jelas  di dalam Al-Qur'an dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-186 yang bermaksud:
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu Muhammad tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kapabila dia berdoa kepada-Ku.Hendaklah mereka memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka mempeeroleh kebenaran." 
  Sebagai seorang yang bergelar mukmin, kita tidak boleh berasa lemah kerana apabila kita berasa lemah maka syaitan akan mula mengatur langkah untuk menarik diri kita untuk mula jauh daripada Allah. Ya memang benar bahawa ada saatnya kita berasa lemah tetapi jangan jadikan kelemahan kita iu untuk kita terus tidak berdiam diri dan terus kecundang. Bahkan Allah SWT ada berfirman di dalam Surah Ali-Imran, ayat yang ke 139 yang bermaksud, "Janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati sebab kamu paling tinggi derajatnya, jika kamu orang beriman." Jadi, janganlah merasa sedih andai kita sering gagal dalam kehidupan kita ataupun sering ditimpa kesusahan kerana kekadang kesusahan itu merupakan ujian daripada Allah SWT untuk menguji kita tahap keimanan kita. Firman Allah SWT dalam surah Al-Ankabut, ayat yang ke-2 yang bermaksud:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ,"Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji"
Jadi apabila berasa lemah carilah sahabat mahupun teman yang boleh berkongsi masalah dengan kita ataupun  dan boleh membimbing kita di atas jalan yang benar ataupun carilah lingkungan yang baik dan mohonlah kepada Allah SWT supaya ujian yang diberikan kepada kita diringankan sedikit.

MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK BUAT PERUBAHAN....

Detik waktu terus berlalu, semua berakhir padamu... pernah dengar lagu ni? Lagu ni adalah lagu rapuh yang dinyanyikan oleh penyanyi Opick. Jadi, apa yang dinyanyikan itu betul bahawa masa akan tetap berlalu meninggalkan kita dan akhir sekali kita semua akan mati dan akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak. Maka sebelum  nyawa kita dicabut, masih ada masa untuk kita membuat perubahan. Jika kita mendapat keputusan yang teruk, ini bukanlah bermakna kita akan jatuh selama-lamanya dan bukan juga bermakna ini adalah pengakhiran cerita kita. Sebaliknya, keputusan ataupun ujian yang kita terima itu sepatutnya dijadikan pembakar semangat kita untuk lebih berusaha dan juga dijadikan satu titik 'turning point' untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. Jika sebelum ini kita merupakan seorang yang malas, maka berubahlah menjadi seorang yang rajin. Jika sebelum ini kita seorang yang suka menangguhkan kerja, maka berubahlah menjadi seorang yang suka menyiapkan kerja pada awal waktu. Pendek kata, jika sebelum ini kita seorang yang buruk akhlak ataupun buruk sifat, maka berubahlah menjadi seorang yang baik akhlak. Cukuplah dengan sejarah silam yang kita lakukan. Insaflah dan bertaubatlah..

Bukan susah nak buat perubahan, cuma perlukan sedikit pengorbanan dan sepenuh kemahuan unntuk melakukannya. Walaupun perubahan yang kita lakukan itu sedikit demi sedikit, namun pada akhirnya ia akan membawa satu perubahan yang besar pada diri kita.Semoga perubahan yang kita lakukan ini dapat memberikan manfaat kepada diri kita dan akhir sekali menjadikan diri kita seorang  hamba Allah yang taat akan perintahNya. In shaa Allah. Sebelum saya mengakhiri penulisan ini, ingin saya kongsikan sebuah hadis yang bermaksud:

"Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi
setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah
dan RasulNya, maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya
itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang wanita yang hendak
dikawininya, maka hijrahnyapun kepada sesuatu yang dimaksud dalam hijrahnya itu."

Friday, 26 April 2013

MASIH BELUM TERLAMBAT....

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH

Sekarang ni kita berada di akhir bulan April dan tidak lama lagi kita akan memasuki bulan Mei. Pada bulan mei ini lah, masa yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia di mana Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan diadakan. Justeru, pada masa ini calon-calon yang akan bertanding sedang bergiat aktif untuk menyampaikan manifesto mereka untuk mendapatkan sokongan pengundi. Bagi pelajar yang berada di universiti, mungkin ada yang sedang mengambil peperiksaan semester untuk melanjutkan pelajaran bagi semester yang seterusnya manakala pelajar matrikulasi pula sedang berhempas pulas untuk peperiksaan akhir yang akan menentukan hala tuju mereka selepas menamatkan pengajian di matrikulasi. Pelajar sekolah pula sedaya upaya memahami pelajaran yang dipelajari bagi mendapatkan keputusan peperiksaan yang terbaik untuk memuaskan hati ibubapa mereka terutama sekali pelajar yang bakal mengambil UPSR, PMR dan SPM pada tahun ini.

DI MANAKAH KITA??

Jadi, persoalannya adalah di mana kah kita sekarang ini? adakah kita termasuk dalam kalangan orang yang sedang berusaha? ataupun adakah kita sedang memasang angan-angan sambil bergoyang kaki? ataupun kita sedang bermimpi sesuatu yang tidak mungkin akan terjadi? Berada di alam fantasi mungkin? Mari kita semak semula setakat mana usaha kita dan apa yang telah kita capai setakat ini. Jika kita seorang pelajar  yang beriman, bagaimanakah hubungan kita dengan Allah? Adakah kita sudah menunaikan perintah ALLAH? Tahajud, mathurat, bacaan AL-QUR'AN kita bagaimana? adakah kita melakukan tahajud setiap hari? sudahkah kita membaca al-Qur'an lebih daripada satu juz dalam satu  minggu? Dan bagaimanakah solat berjemaah kita di masjid mahupun di surau terutama sekali pada waktu subuh dan waktu isyak? Adakah kita sudah menunaikan amanat yang diberikan oleh ibu bapa kita?


Cuba ingat kembali saat ibubapa kita menghantar kita ke ipt ataupun ke sekolah. Sebelum mereka melepaskan kita untuk menuntut ilmu, mereka mesti memberikan nasihat kepada diri kita agar belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi orang yang Berjaya.  Tidak ada ibubapa mahupun ahli keluarga yang mahu melihat kegagalan seseorang yang mereka sayangi. Jadi sebenarnya kita sedang menggalas amanat yang besar iaitu amanat ibubapa kita. Sebagai seorang pelajar, kita tidak boleh mengkhianati amanat yang telah diberikan oleh ibubapa kerana apabila kita mengkhianati amanat ibubapa kita, maka ibubapa kita akan merasa kecewa dan seterusnya menyebabkan kita menjadi anak yang derhaka. Allah SWT ada berfirman di dalam surah Al-Anfal, surah ke-8, ayat yg ke 27:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui."
 

Amanat seorang pelajar ialah belajar bersungguh-sungguh. Maka apabila kita tidak belajar bersungguh-sungguh serta mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan, sesungguhnya kita telah mengkhianati amanat yang diberikan. Rata-rata di sekolah ataupun di universiti, kita dapat lihat bangsa lain yang menduduki carta teratas ataupun dipanggil 'dean list' di universiti. Tidakkah tergerak di hati kita untuk berjaya seperti mereka juga dan akhirnya mengembalikan kegemilangan islam seperti zaman para sahabat dahulu?

SEDARLAH!
Sedarlah bahawa kita ini merupakan umat terbaik dan sepatutnya kita lah yang menjadi contoh pada bangsa yang lain. Firman ALLAH SWT dalam Surah Ali-Imran, ayat ke 110:

"Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia.."

Apakah kita mengira bahawa kita akan menjadi umat terbaik yang terbaik tanpa berbuat apa-apa? Justeru, bagaimana Islam boleh tersebar luas hingga dua per tiga dunia? Adakah Islam tersebar dengan sendirinya sehingga kita dapat merasai nikmat Islam pada hari ini? Sudah semestinya tidak. Islam tersebar dengan usaha Baginda Rasulullah SALLAHI ALAIHI WASSALAM dan seterusnya dengan usaha para sahabat, para tabi' tabiinn dan para alim ulama. Rasulullah SAW tetap berdakwah kepada kaum kerabatnya dan seluruh masyarakat walaupun ditentang oleh bapa saudaranya sendiri iaitu Abu Jahal.

Daripada kisah Rasulullah SAW, dapat kita simpulkan bahawa usaha itu penting dalam menuju matlamat yang ingin kita capai. Oleh itu, jika kita ingin menjadi umat yang terbaik, maka kita sepatutnya berusaha. Jika kita ingin menjadi pelajar yang berjaya, maka kita juga perlu berusaha. Jika kita ingin melihat orang lain menerima Islam, maka kita harus berusaha.

Jadi, mengapa usaha kita amat ditekankan jika kita ingin mendapatkan sesuatu yang kita hajati?
Kerana Allah SWT berfirman dalam Surah An Najm, ayat yang ke 39 yang bermaksud:

"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya.." 
Jelaslah bahawa usaha itu amat penting dalam hidup kita kerana jika kita tidak berusaha, kita tidak akan memperoleh apa-apa.