CERPEN EDISI KHAS: TRAVELOG UTARA
"akh, dah dapat kereta ke belum?"
"belum. ntum boleh tolong dapatkan?"
"boleh. insha Allah."
jariku pantas menekan kekunci abjad telefon bimbitku yang persis keyboard komputer untuk menghantar mesej kepada ikhwah-ikhwah yang mempunyai kereta.
"Salam akh. nak pinjam kereta boleh x?"
"asif. ana sekarang kt rumah".
Hatiku sedikit kecewa kerana tidak dapat apa yang dihajati. Namun aku tetap meneruskan usaha mencari.
masih tinggal seorang saja lagi ikhwah yang masih berada di sini. Lantas aku terus meminta belas kasihan daripada ikhwah seorang lagi untuk dipinjamkan kereta dengan melakukan cara yang sama.
Hasilnya tiada jawapan. Dipendekkan cerita, pada keesokan harinya, akhi Jimi berjaya mendapatkan sebuah kereta daripada ikhwah yang tidak memberi respons pada mesejku. Aku hanya bersyukur kepada Allah..
Kalau hendak diikutkan, kereta aku yang sepatutnya digunakan untuk ke Kulim tetapi apakan daya, keretaku telah masuk ke bengkel gara-gara absorber yang telah rosak teruk. Akhirnya, kami bertiga memulakan perjalanan kami setelah akhi Asnawi menyiapkan kertas kerja untuk medan dakwah di sebuah sekolah daerah Kulim. Sebelum meneruskan perjalanan ke utara, kami singgah sebentar di Banglo Tarbiyah bagi mengambil seorang lagi ikhwah yang bernama Zoro yang kebetulan ingin ke kolej matrikulasi pulau pinang bagi menghantar stok majalah yang baru.
Di kesempatan waktu itu juga, kami menunaikan kewajipan solat fardhu sebagai seorang hamba Allah.
Usai solat, kami terus bergerak ke utara dengan menaiki Proton Saga yang dipandu oleh akhi Asnawi.
Sepanjang perjalanan tersebut, akhi Zoro yang duduk di bahagian belakang bersama aku hanya tidur selepas membaca satu juzuk Al-Qur'an. Begitu juga Akhi Jimi. Cuma tinggal aku sahaja yang masih tidak tidur dan ingin menikmati pemandangan alam yang dikurniakan oleh Allah SWT. Sementara itu, aku berbual-bual dengan akhi Asnawi bagi memecahkan kesunyian.
Tiba-tiba...
"Ape hal plak keta ni?" getus Akhi Asnawi..
"Kenape akh?" soal aku..
"Tah, tibe-tibe je keta ni mati.. habis minyak kot." balas akhi Asnawi.
Akhi Asnawi yang berusia setahun lebih tua daripada aku itu, terus memberikan isyarat ke kiri dan meletakkan kenderaan yang kami naiki ke bahu kiri jalan.
Dua orang ikhwah yang nyenyak tidur tadi terus terjaga sejurus kereta diletakkan di bahu jalan.
"Kite kat mane ni?" soal Akhi Jimi.
"Kita ada kat atas highway sekarang. Nak menghampiri tol masuk jawi."
"Habis tu kita nak buat apa atas ni? takkan duk tercanguk je kot?" soal akhi Jimi lagi..
Bersambung...
No comments:
Post a Comment