Wednesday, 28 August 2013

Berada di Takuk Lama




                                                                 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Tabiat YANG SAMA

Kebanyakan kita sukar untuk mengubah gaya hidup yang sedia ada. Kalau baik, tak ape la. Teruskan gaya hidup yang sedia ada atau ubah kepada lebih baik.Masalahnya sekarang ialah kita yang suka mengamalkan tabiat buruk seperti bermalas-malasan. Katanya nak berubah, tapi kerja, sikap, perangai still the same. Masih sama. Inilah yang bahayanya. TAK BERUSAHA LANGSUNG UNTUK MENGUBAH SIKAP SEDIA ADA. MACAM MANA NAK LAKUKAN PERUBAHAN YANG BESAR?? sedangkan perubahan yang sikit pun tak nak buat. Ish2..
                                                     

Ada segelintir yang bagus pada mulanya bersemangat nak berubah namun pada akhirnya kecundang oleh kerana tidak dapat membuang tabiat yang lama itu. Di universiti, memang susah untuk berjaya kalau kita tidak datang ke kelas, tak buat assignment yang diberikan, study last minute dan segan untuk bertanya. Dan ada lagi faktor lain yang menyebabkan faktor kegagalan kita di universiti. Semua tabiat buruk ini memang akan jadi penyakit kalau kita selalu melakukannya. Dan akhirnya menyebabkan result kita tidak memberansangkan dan seterusnya menyebabkan terjadinya scholar ditarik, ibu bapa kecewa, dan paling menakutkan dibuang universiti.
                                           

Ada juga yang mahu melakukan kerja dakwah sambil belajar kerana ingin menegakkan syiar Islam. Itu sangat bagus.   Namun apa yang merisaukan ialah kerja dakwah buat tapi study diketepikan. Astaghfirullah...
                                                  
 
Sepatutnya kalau kita nak melakukan kerja dakwah, kita patut jaga akademik kita. Manakan mahu orang hendak menerima dakwah, kalau pendakwahnya tidak datang ke kelas, tak siapkan homework. Akibatnya dakwah sendiri jadi terfitnah dek kerana sikap kita yang mengabaikan pelajaran dan result kita yang tidak seberapa. 



Saya tahu mesti ramai di antara kita yang gemar melakukan aktiviti ini. TIDUR. Memang kita dikurniakan oleh Allah SWT, nikmat untuk tidur. Namun demikian, aktiviti tidur ini tidak patut dijadikan hobi lebih-lebih lagi jika kita seorang pelajar. Jika kita suka tidur berlebihan maka lihatlah kesannya. Mungkin ada yang terlepas kelas jika suka tidur berlebihan. Tambahan pulak pada yang gemar menambah waktu tidur selepas 

subuh. Sekali terlepas kelas jangan pernah menerima untuk redha dengan terlepasnya kelas tersebut. Sebaliknya kita patut menyesal dengan perbuatan kita tadi dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Tapi bukan sekadar berazam sahaja, tapi berusaha untuk memenuhi azam tersebut. Mungkin untuk mengelakkan daripada tidur selepas subuh, kita boleh melakukan sedikit aktiviti yang boleh mencergaskan mata dan badan kita ataupun apa-apa aktiviti yang kita gemari. Contohnya baca buku ke, ulangkaji ke, ataupun buka akaun 'Facebook' (atau apa2 akaun sosial eperti Twitter, Skype, Path). Tapi jangan sampai terleka sudah la. Asyik ber'Facebook' pun payah jugak, nanti baca muka buku tu je la. Buku pelajaran tak buka-buka. Dan jangan sampai terkena penyakit gila 'status'.

Ada juga situasi di mana tidur terlajak sampai subuh pun ketinggalan.. Untuk kes macam ni, disarankan untuk tidur di masjid, supaya senang bangun nanti. Kat masjid, kita akan digerakkan dengan laungan azan subuh yang kuat(in sha Allah kalau speaker tak rosak) . Kalau kita pekak, orang yang pergi sembahyang kat masjid tu la yang akan gerak  khususnya imam masjid. Takkan la imam masjid nak membiarkan kemungkaran berlaku kat masjid tu. 

Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.
Kalau tak boleh, carilah kawan yang boleh menolong kita untuk bangun solat subuh.

Jaga hubungan dengan Sang Pencipta

Semua usaha yang kita lakukan tak berguna dan tidak ada nilainya jika kita mengabaikan hubungan kita dengan Allah. Janganlah kita menjadi golongan yang mengatakan kejayaanya  itu atas sebab hasil usahanya sendiri dan jangan pula jadi golongan yang sentiasa redha pada takdir tanpa berbuat apa-apa. Jadilah kita golongan yang di tengah-tengah iaitu golongan yang berusaha dan tawakal kepada ALLAH. 

Ubah la diri kita daripada duduk di takuk yang lama. Sentiasalah melakukan pembaharuan pada diri. Ingatlah bahawa kita tidak akan mampu mencapai kejayaan jika kita tidak mengubah diri sendiri.

Firman ALLAH SWT dalam Surah Ar-Ra'd, ayat yang ke-11 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri."

Sekian. wasalam.
P/S:Post ini saya tujukan kepada diri sendiri khususnya dan kepada para pembaca yang ingin mengubah diri..

No comments:

Post a Comment