Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Bagi sesiapa yang merasakan tiada harapan lagi, ingatlah bahawa Allah SWT sentiasa bersama dengan hambanya. Allah SWT tidak pernah mengecewakan hambanya yang selalu memohon kepadaNya. Apatah lagi jika kita ni menolong agama Allah dalam menegakkan syiar Islam di muka bumi. Hal ini jelas di dalam Al-Qur'an dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-186 yang bermaksud:
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu Muhammad tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kapabila dia berdoa kepada-Ku.Hendaklah mereka memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka mempeeroleh kebenaran."
Sebagai seorang yang bergelar mukmin, kita tidak boleh berasa lemah kerana apabila kita berasa lemah maka syaitan akan mula mengatur langkah untuk menarik diri kita untuk mula jauh daripada Allah. Ya memang benar bahawa ada saatnya kita berasa lemah tetapi jangan jadikan kelemahan kita iu untuk kita terus tidak berdiam diri dan terus kecundang. Bahkan Allah SWT ada berfirman di dalam Surah Ali-Imran, ayat yang ke 139 yang bermaksud, "Janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati sebab kamu paling tinggi derajatnya, jika kamu orang beriman." Jadi, janganlah merasa sedih andai kita sering gagal dalam kehidupan kita ataupun sering ditimpa kesusahan kerana kekadang kesusahan itu merupakan ujian daripada Allah SWT untuk menguji kita tahap keimanan kita. Firman Allah SWT dalam surah Al-Ankabut, ayat yang ke-2 yang bermaksud:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ,"Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji"
Jadi apabila berasa lemah carilah sahabat mahupun teman yang boleh berkongsi masalah dengan kita ataupun dan boleh membimbing kita di atas jalan yang benar ataupun carilah lingkungan yang baik dan mohonlah kepada Allah SWT supaya ujian yang diberikan kepada kita diringankan sedikit.
MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK BUAT PERUBAHAN....
Detik waktu terus berlalu, semua berakhir padamu... pernah dengar lagu ni? Lagu ni adalah lagu rapuh yang dinyanyikan oleh penyanyi Opick. Jadi, apa yang dinyanyikan itu betul bahawa masa akan tetap berlalu meninggalkan kita dan akhir sekali kita semua akan mati dan akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak. Maka sebelum nyawa kita dicabut, masih ada masa untuk kita membuat perubahan. Jika kita mendapat keputusan yang teruk, ini bukanlah bermakna kita akan jatuh selama-lamanya dan bukan juga bermakna ini adalah pengakhiran cerita kita. Sebaliknya, keputusan ataupun ujian yang kita terima itu sepatutnya dijadikan pembakar semangat kita untuk lebih berusaha dan juga dijadikan satu titik 'turning point' untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. Jika sebelum ini kita merupakan seorang yang malas, maka berubahlah menjadi seorang yang rajin. Jika sebelum ini kita seorang yang suka menangguhkan kerja, maka berubahlah menjadi seorang yang suka menyiapkan kerja pada awal waktu. Pendek kata, jika sebelum ini kita seorang yang buruk akhlak ataupun buruk sifat, maka berubahlah menjadi seorang yang baik akhlak. Cukuplah dengan sejarah silam yang kita lakukan. Insaflah dan bertaubatlah..Bukan susah nak buat perubahan, cuma perlukan sedikit pengorbanan dan sepenuh kemahuan unntuk melakukannya. Walaupun perubahan yang kita lakukan itu sedikit demi sedikit, namun pada akhirnya ia akan membawa satu perubahan yang besar pada diri kita.Semoga perubahan yang kita lakukan ini dapat memberikan manfaat kepada diri kita dan akhir sekali menjadikan diri kita seorang hamba Allah yang taat akan perintahNya. In shaa Allah. Sebelum saya mengakhiri penulisan ini, ingin saya kongsikan sebuah hadis yang bermaksud:
"Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi
setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah
dan RasulNya, maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya
itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang wanita yang hendak
dikawininya, maka hijrahnyapun kepada sesuatu yang dimaksud dalam hijrahnya itu."
No comments:
Post a Comment