Hal ini kerana puak Yahudi sentiasa ingin menjauhkan diri kita yakni umat Islam daripada Al-Qur'an kerana mereka tahu bahawa sumber kekuatan umat Islam terletak pada Al-Qur'an. Dan hal ini jelas ditunjukkan di dalam Al-Qur'an iaitu dalam surah Fussilat, 41, ayat yang ke-26 yang bermaksud:
Dan orang-orang yang kafir berkata, "Janganlah kamu mendengarkan (bacaan) Al-Qur'an ini dan buatlah kegaduhan terhadapnya, agar kamu dapat mengalahkan (mereka).
Jadi apa yang perlu kita buat sekarang ialah mendekatkan diri kita dengan Al-Qur'an kerana apabila kita jauh daripada Al-Qur'an, syaitan akan datang menghampiri diri kita seperti dalam surah Az-Zukhruf, 43, ayat yang ke-36 yang bermaksud:
Dan barangsiapa berpaling dari pengajaran Allah Yang Maha Pengasih (Al-Qur'an), Kami biarkan syaitan (menyesatkannya) dan menjadi teman karibnya.Apabila syaitan sudah menguasai diri kita, maka kita akan mula jauh daripada syurga Allah SWT dan kita akan mula terjebak dengan lembah-lembah maksiat dan akhirnya jatuh ke dalam lubuk api neraka. Nau'zubillah...
Persoalannya, kenapa kita di Malaysia tidak dapat membantu saudara kita yang ditindas di negara-negara yang lain sedangkan kita tidak mempunyai apa-apa peperangan di negara kita? Sebenarnya, kita telah diserang oleh pihak musuh melalui serangan pemikiran. Melalui serangan pemikiran, mereka telah menanamkan sifat cintakan dunia ke dalam diri kita. Lihatlah, betapa ramai di antara kita yang hanyut kerana tertipu dengan kehidupan dunia sehingga sanggup menggadaikan maruah semata-mata ingin mengejar kekayaan. Tak kurang juga, masalah sosial yang semakin menular di kalangan masyarakat dengan penambahan kes pembuangan bayi yang semakin meningkat saban tahun.
Oleh itu, untuk mengatasi masalah sosial yang melanda masyarakat pada hari ini, perlunya kita untuk mendekatkan diri kita dengan Al-Qur'an dan menjaga hubungan kita dengan Allah SWT dengan melaksanakan semua perintahnya dan meninggalkan semua laranganNya. Dan hendaklah kita menjaga kualiti solat kita dengan menunaikan solat di awal waktu dan sebolehnya solat berjemaah di masjid-masjid dan surau-surau yang berdekatan kerana solat berjemaah itu lebih afdal dan ganjarannya 27 kali ganda daripada solat sendirian.
Jadi,inilah yang dikatakan tarbiyah iaitu kita mendidik diri kita daripada perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan kita berusaha ke arah yang lebih baik. Oleh sebab itu, pentingnya untuk kita memastikan diri kita ditarbiyah dengan menghadiri majlis-majlis ilmu supaya kita sentiasa diperingatkan dengan ayat-ayat Al-Qur'an dan seterusnya memastikan diri kita berada dalam lingkungan yang baik yakni jalan yang diredhai Allah.
Alhamdulillah,ringkas tetapi penyampaian yang padat dengan pesanan yang fokus!
ReplyDeleteTeruskan menulis on Masalah umat akh,boleh ana baca lagi hehe.