Tuesday, 26 February 2013

KNOWLEDGE

Boleh dikatakan ilmu itu memang wajib dituntut oleh setiap orang yang ada di atas muka bumi ini..
Bahkan dalam Islam juga ilmu amat ditekankan dalam kehidupan seorang muslim..
Penyataan ini boleh dibuktikan dengan sebuah hadis yang bermaksud:
"Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad.."
Hal ini jelas menunjukkan bahawa menuntut ilmu ini merupakan satu kewajipan dan ia tidak mengira umur seseorang itu. Tambahan lagi,menuntut ilmu bukan sampai ke peringkat universiti sahaja tetapi sepatutnya hingga ke akhir hayat kita seperti yang dinyatakan di dalam hadis di atas. Tetapi yang saya nak nyatakan di sini bukanlah betapa pentingnya menuntut ilmu tetapi  bagaimana ilmu itu membawa kesedaran kepada diri kita dan seterusnya membawa diri kita lebih dekat dengan Pencipta kita yakni Allah SWT.

Cuba kita lihat sekarang ni.. Kebanyakan masyarakat pelajar hari ni hanya diajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan seterusnya bekerja mencari harta dunia yang cuma hanya sementara.. Akibatnya lahir generasi yang jauh dari Islam yang menyebabkan lahirnya anak luar nikah dan sebagainya...

Jadi, bagaimana semua ini boleh berlaku?

Jawapannya,.. jika seseorang pelajar itu dididik untuk menuntut ilmu supaya mendapat pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan, maka pelajar itu akan berniat di dalam hatinya bahawa aku belajar ilmu ini kerana ingin mendapatkan pekerjaan yang bagus.. dan bukannya belajar semata-mata kerana Allah.
Konklusinya, apabila niatnya hanya untuk mencari harta dunia, maka usahanya akan ke arah itu.. Lebih teruk lagi, pelajar tersebut mula mengabaikan Islam dan meninggalkan apa yang diperintahkan oleh Allah.

Sepatutnya, sebagai seorang pelajar, kita haruslah berniat  menuntut ilmu hanya untuk mencari keredhaan Allah. Hal ini kerana niat itu penting dalam setiap amal perbuatan yang kita akan lakukan. Malah hadis pertama yang terdapat dalam hadis arbain ialah mengenai niat... Hadis ini menyatakan bahawa setiap amalan itu haruslah disertai dengan niat..

Justeru pelajar pada hari ini haruslah dididik supaya menuntut ilmu hanya kerana Allah dan bukannya kerana harta mahupun pangkat gelaran supaya usaha mereka dalam menuntut ilmu akan tetap di atas jalan yang diredhai Allah dan membawa mereka kepada kesedaran serta kedekatan dengan Allah.


 

No comments:

Post a Comment