Tuesday, 26 February 2013

KNOWLEDGE

Boleh dikatakan ilmu itu memang wajib dituntut oleh setiap orang yang ada di atas muka bumi ini..
Bahkan dalam Islam juga ilmu amat ditekankan dalam kehidupan seorang muslim..
Penyataan ini boleh dibuktikan dengan sebuah hadis yang bermaksud:
"Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad.."
Hal ini jelas menunjukkan bahawa menuntut ilmu ini merupakan satu kewajipan dan ia tidak mengira umur seseorang itu. Tambahan lagi,menuntut ilmu bukan sampai ke peringkat universiti sahaja tetapi sepatutnya hingga ke akhir hayat kita seperti yang dinyatakan di dalam hadis di atas. Tetapi yang saya nak nyatakan di sini bukanlah betapa pentingnya menuntut ilmu tetapi  bagaimana ilmu itu membawa kesedaran kepada diri kita dan seterusnya membawa diri kita lebih dekat dengan Pencipta kita yakni Allah SWT.

Cuba kita lihat sekarang ni.. Kebanyakan masyarakat pelajar hari ni hanya diajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan seterusnya bekerja mencari harta dunia yang cuma hanya sementara.. Akibatnya lahir generasi yang jauh dari Islam yang menyebabkan lahirnya anak luar nikah dan sebagainya...

Jadi, bagaimana semua ini boleh berlaku?

Jawapannya,.. jika seseorang pelajar itu dididik untuk menuntut ilmu supaya mendapat pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan, maka pelajar itu akan berniat di dalam hatinya bahawa aku belajar ilmu ini kerana ingin mendapatkan pekerjaan yang bagus.. dan bukannya belajar semata-mata kerana Allah.
Konklusinya, apabila niatnya hanya untuk mencari harta dunia, maka usahanya akan ke arah itu.. Lebih teruk lagi, pelajar tersebut mula mengabaikan Islam dan meninggalkan apa yang diperintahkan oleh Allah.

Sepatutnya, sebagai seorang pelajar, kita haruslah berniat  menuntut ilmu hanya untuk mencari keredhaan Allah. Hal ini kerana niat itu penting dalam setiap amal perbuatan yang kita akan lakukan. Malah hadis pertama yang terdapat dalam hadis arbain ialah mengenai niat... Hadis ini menyatakan bahawa setiap amalan itu haruslah disertai dengan niat..

Justeru pelajar pada hari ini haruslah dididik supaya menuntut ilmu hanya kerana Allah dan bukannya kerana harta mahupun pangkat gelaran supaya usaha mereka dalam menuntut ilmu akan tetap di atas jalan yang diredhai Allah dan membawa mereka kepada kesedaran serta kedekatan dengan Allah.


 

Wednesday, 13 February 2013

KEPENTINGAN TARBIYAH

Cuba kita renung sejenak.. pernahkah kita mengalami keadaan seperti umat Islam yang lain seperti di Palestin, Syria dan negara Islam yang lain( selain Malaysia, Indonesia dan Singapura). Untuk pengetahuan semua, negara-negara Islam yang lain sedang diserang secara fizikal oleh puak yahudi yang ingin melupuskan umat Islam yang mempunyai mentaliti serta keimanan yang tinggi.

Hal ini kerana puak Yahudi sentiasa ingin menjauhkan diri kita yakni umat Islam daripada Al-Qur'an kerana mereka tahu bahawa sumber kekuatan umat Islam terletak pada Al-Qur'an. Dan hal ini jelas ditunjukkan di dalam Al-Qur'an iaitu dalam surah Fussilat, 41, ayat yang ke-26 yang bermaksud:

Dan orang-orang yang kafir berkata, "Janganlah kamu mendengarkan (bacaan) Al-Qur'an ini dan buatlah kegaduhan terhadapnya, agar kamu dapat mengalahkan (mereka).

Jadi apa yang perlu kita buat sekarang ialah mendekatkan diri kita dengan Al-Qur'an kerana apabila kita jauh daripada Al-Qur'an, syaitan akan datang menghampiri diri kita seperti dalam surah Az-Zukhruf, 43, ayat yang ke-36 yang bermaksud:

Dan barangsiapa berpaling dari pengajaran Allah Yang Maha Pengasih (Al-Qur'an), Kami biarkan syaitan (menyesatkannya) dan menjadi teman karibnya.  
Apabila syaitan sudah menguasai diri kita, maka kita akan mula jauh daripada syurga Allah SWT dan kita akan mula terjebak dengan lembah-lembah maksiat dan akhirnya jatuh ke dalam lubuk api neraka. Nau'zubillah...

Persoalannya, kenapa kita di Malaysia tidak dapat membantu saudara kita yang ditindas di negara-negara yang lain sedangkan kita tidak mempunyai apa-apa peperangan di negara kita? Sebenarnya, kita telah diserang oleh pihak musuh melalui serangan pemikiran. Melalui serangan pemikiran, mereka telah menanamkan sifat cintakan dunia ke dalam diri kita. Lihatlah, betapa ramai di antara kita yang hanyut kerana tertipu dengan kehidupan dunia sehingga sanggup menggadaikan maruah semata-mata ingin mengejar kekayaan. Tak kurang juga, masalah sosial yang semakin menular di kalangan masyarakat dengan penambahan kes pembuangan bayi yang semakin meningkat saban tahun.

Oleh itu, untuk mengatasi masalah sosial yang melanda masyarakat pada hari ini, perlunya kita untuk mendekatkan diri kita dengan Al-Qur'an dan menjaga hubungan kita dengan Allah SWT dengan melaksanakan semua perintahnya dan meninggalkan semua laranganNya. Dan hendaklah kita menjaga kualiti solat kita dengan menunaikan solat di awal waktu dan sebolehnya solat berjemaah di masjid-masjid dan surau-surau yang berdekatan kerana solat berjemaah itu lebih afdal dan ganjarannya 27 kali ganda daripada solat sendirian.
Jadi,inilah yang dikatakan tarbiyah iaitu kita mendidik diri kita daripada perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan kita berusaha ke arah yang lebih baik. Oleh sebab itu, pentingnya untuk kita memastikan diri kita ditarbiyah dengan menghadiri majlis-majlis ilmu supaya kita sentiasa diperingatkan dengan ayat-ayat Al-Qur'an dan seterusnya memastikan diri kita berada dalam lingkungan yang baik yakni jalan yang diredhai Allah.