Sunday, 17 March 2013

OLE..OLE..OLE.. MALAYSIA LA JUARA

Apabila tiba musim bola, orang ramai mula memenuhi gerai-gerai makan terutamanya kedai mamak dan gerai -gerai serta restoran yang ada televisyen berdefinisi tinggi ataupun pendek kata 'TV HD'.

 Bagi yang mahu melihat secara lebih dekat, maka mereka akan pergi ke stadium.Jadi selepas habis perlawanan bola, tauke gerai ataupun tuan punya restoran akan mula bekerja dengan kalkulator bagi mengira untung rugi mereka seperti biasa.  Topik pada hari ini bukan la pasal keuntungan gerai mamak, bukan juga mengenai kelab-kelab bola sepak  ataupun apa-apa yang berkaitan dengan bola. Tetapi apa yang saya hendak sampaikan ialah mengenai tujuan berkumpul.

Kita dapat lihat rata-rata di Malaysia, ada yang berkumpul apabila terdapat satu konsert hiburan ataupun satu persembahan yang mempunyai barisan artis yang terkemuka dan tujuan mereka adalah untuk mencari hiburan atupun bertemu dengan artis-artis yang mereka gemari.

 Ada juga yang berkumpul apabila ada satu perlawanan bola dan tujuan mereka pula adalah untuk melihat aksi-aksi yang ditonjolkan oleh pemain bola sepak yang mereka minati. Dan ada juga yang berkumpul untuk melakukan aktiviti di masa lapang seperti mengubahsuai kereta, memancing dan  bermain permainan video. Tak kurang juga ada yang berkumpul untuk bersama-sama menjaga keimanan seperti menghadiri majlis-majlis ilmu, halaqah, ceramah agama seta aktiviti-aktiviti yang boleh menaikkan keimanan.

 Jadi dalam banyak-banyak jemaah atau kumpulan di atas, yang mana satu yang tujuannya lebih baik dan perlu kita utamakan?

Ya, jawapannya ialah berkumpul untuk bersama-sama menjaga keimanan. Jadi, kenapa kita perlu berada dalam kumpulan yang menjaga keimanan kita? Kerana kadang-kadang iman kita boleh jatuh menurun atau berkurang.  Malah, ahli sunnah waljamaah juga bersepakat bahawa iman sesorang boleh bertambah mahupun berkurang.Iman kita berkurang disebabkan oleh diri kita tidak diisi dengan peringatan dari Allah.

Jadi, untuk mengatasinya kita perlu mencari kumpulan atau jemaah yang boleh mengingatkan kita dengan ayat-ayat Al-Qur'an yang boleh memberi manfaat pada diri kita sepertimana dalam surah Zariiyaat ayat yang 55 yang bermaksud
"dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin"
Tak salah kalau kita berkumpul untuk bermain bola ataupun menonton bola sekalipun tetapi janganlah sampai melupakan akhirat. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Qasas, ayat ke 77 yang bermaksud
"Dan carilah pahala negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu.."
sekian sahaja sharing saya pada kali ni. terima kasih kerana sudi membaca.